Wednesday, June 23, 2010

Kehilangan Sesuatu..

Apabila kita kehilangan sesuatu, mmg tidak dapat dinafikan kita tetap akan merasainya..hilang apa??xkisah la hilang barang ke..orang ke..duit ke..jnji apa yang kita miliki sebelum ni dan kini kita kehilangannya..ia tetap dipanggil hilang walau dlm apa jua cara ia menghilang..namun hidup tetap juga perlu diteruskan walaupon dugaan dan rintangan sedia menunggu dihadapan..
Jika ini jalan yang aku pilih, aku tetap kene akur dengan pilihan yang telah aku buat..apa salahnya berkorban demi seseorang yang kita sayang kan..dan orang tu juga telah banyak berkorban untuk kita selama ni..mungkin ni la masanya untuk aku buktikan yang aku tetap akan bersamanya walau apa jua keadaan sekalipon..
Keputusan yang dia buat pasti ada hikmahnya..dia ketua keluarga..jika dia berkata TIDAK..maka mesti ada sebabnya.. aku sebagai salah seorang dibawah tanggungjawabnya akur dengan keputusan yang dibuat..walaupon ada sekelumit dalam hati ini berkata "alahai ruginya.."tapi itu sume hanyalah mainan hati yang sentiasa mencemburui dan cuba menggoda untuk aku menafikan kebenaran yang telah tertulis untukku..
Apa yang perlu aku lakukan kini adalah dengan berdoa agar kami sentiasa dimurahkan rezeki dengan keadaan kami yang bakal menerima orang baru dalam hidup kami tidak lama lagi..kuasa dariNya tiada siapa yang dapat menjangka..jika rezeki yang telah ditakirkan, tiada siapa yang dapat mengahalang dan begitu juga sebaliknya..namun kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha dan selebihnya bertawakal..dan sentiasalah mensyukuri nikmat yang dikurniakan..
to abg : ayu sentiasa akan berada disisi abang walau apa pun rintangan yang kita hadapai..kita akan cuba untuk harungi bersama..ayu terima keputusan yang abg buat..ayu tau abg cuba buat yang terbaik untuk kita..sayang abang..

No comments: