Tuesday, May 11, 2010

10 kilo

Kisah ini adalah masa bos and beberapa senior aku dtg menziarahi aku disini beberapa minggu yang lalu...mereka dtg bukn melawat aku bekerja semata2 ye..tapi mereka juga mempunyai beberapa meeting yang perlu dihadiri hasil temujanji yang telah ditetapkan oleh aku dan jugak rakan kerja yang lain..
Nak dijadikan cerita..dia mula bertanye tentang cara aku di kampung..mungkin bagi mereka aku disini lebih selesa dengan tiadanye tol dan kesesakan lalu lintas sepertimana yang pernah aku lalui ketika di pusat bandaraya kuala lumpur suatu ketika dahulu.Malangnye mereka tersilap mengagak..aku disini sebenarnye bajet melebihi gaji..begitulah ceritanye..
Aku mula menceritakan urusan seharian aku disini sepanjang hari dengan aku dan en.suami yang terpaksa berulang alik ke rumah ibu mertuaku ketika tiada ipar aku yang balik pada ketika itu(kibiasaannya adalah week days)..dan apabila ditnye jarak rumah aku ke kerumah ibu mertuaku, aku cuma mengagak bahawa dlm 10km..dan mereka berkata bahawa aku ni jenis mls driving..aloooo!!!dari dungun ke KL aku drive sorang tau..klu balik ke negeri sembilan pun aku drive pegi dan balik dan en. suami hanya menjadi pemerhati disebelah..alasannye: aku mls nk tunjuk jln, klu aku drive sng aku terus tuju..hehehe..
Tapi setelah ditanye dengan en.suami, rupanye jarak dari rumah aku ke rumah ibu mertua lebih kurang 15km..itu adalah perjalanan satu hala ye..klu pergi dan balik dah mkn 30km..dan cuba korang bayangkan kdg2 e. suami berulang smpai 3-4 kali sehari..aku rasa klu dihitung jaraknye dah sama dengan pergi ke Terengganu dan balik semula ke Dungun..
Mmg sush org nk paham masalah kita kn..tapi xpelah..ibu mertua tu bukn org lain, mcm ibu aku jugak..bercerita ni bukanlah bermaksud untuk mengungkit tetapi menceritakan kisah aku dan beberapa rakan kerja yang lain semasa mereka ke Dungun beberapa minggu yang lalu..

No comments: